Thursday, 20 October 2016

ALAT-ALAT CoRT IV

Alat Berfikir : Cognitive Research Trust IV ( CoRT IV)

  •  Membantu meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru.
  • Lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral (dicipta oleh Edward de Bono).
  •  Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.


Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT IV ini terdapat 10 alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir. Alat-alat tersebut ialah:


1. Ya, Tidak, Po [Yes, No & Po]

2. Input Rawak [Random Input]

3. Batu Loncatan [Stepping Stone]

4. Mencabar Konsep [Concept Challenge]

5. Mengasing Kelemahan [Remove Faults]

6. Keperluan [Requirements]

7. Mendefinisikan Masalah [Define the Problem]

8. Penilaian [Evaluation]

9. Kombinasi [Combination]

10. Idea Dominan [Dominant Idea]





1. Ya, Tidak, Po [Yes, No & Po]

#  Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA / TIDAK . Ia telah mantap dan kukuh. Tidak
   dapat diubah dan dipindah.

#  CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil PO.

 PO merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi 
   di luar sistem penilaian. Iaitu kita menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul/ salah.




2. Input Rawak [Random Input]


Mengaitkan dua perkara yang tidak berkaitan secara rawak untuk mencetus idea-idea baru.

# “Buku PO durian”. Buku dicipta supaya mempunyai pangsa seperti durian. Setiap bab disimpan 
   dalam pangsa berasingan. Keluarkan pangsa buku untuk dibaca. Simpan kembali bab dalam
   Pangsa selepas membaca.




3. Batu Loncatan [Stepping Stone]

 Idea yang berani dijadikan sebagai batu loncatan unutk mendapat idea (kreatif) yang baru.

PO : kedua-dua pelajar mesti memenangi acara baling gasing.

 Idea ini mungkin kedengaran bodoh, tetapi boleh menjadi batu loncatan untuk idea kreatif: 
   bahagikan acara kepada dua pusingan. Maka kedua-dua pelajar boleh menang.



4. Mencabar Konsep [Concept Challenge]



Memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan sama ada hanya satu cara untuk
   membuat sesuatu. Apakah cara-cara alternatif?

Konsep: “Teksi berjalan mengikut bilangan pemandu yang ditetapkan”

Alternatif: Teksi menunggu penumpang cukup dan berjalan apabila penumpang cukup.




5. Mengasing Kelemahan [Remove Faults]


Kenal pasti semua kecacatan yang ada lalu singkirkan kecacatan-kecatatan berkenaan.

Kecacatan: Masalah guru yang lambat atau tidak masuk mengajar di dalam kelas

Penyelesaian: Guru besar membuat mesyuarat dan menasihati guru supaya jangan ponteng waktu
  mengajar.



6. Keperluan [Requirements]


Mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea yang dibentuk menepati keperluan-keperluan
   berkenaan.

 Keperluan pelajar yang berpindah sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan diri 
   dengan keadaan sekolah baru, bertanya guru tentang sukatan pembelajaran yang sudah lepas.



7. Mendefinisikan Masalah [Define the Problem]



Takrifkan masalah dengan tepat

Masalah ‘Hidup di asrama banyak gangguan emosi’

 Penyelesaian: sesi kaunseling dengan pelajar yang mengalami masalah emosi




8. Penilaian [Evaluation]

Menilai sama ada idea tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, sama ada keperluan yang ada
   dipenuhi dan apa kelemahannya.

 Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS KOMPUTER’ dijalankan kerana menepati keperluan.

 Keperluan: zaman berteknologi tinggi, negara semakin maju, melahirkan rakyat yang celik IT.




9. Kombinasi [Combination]


# Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang bernilai tambah

Gabungan idea kuih dan sambal daging : kuih cara berlauk




10. Idea Dominan [Dominant Idea]


# Dalam sesuatu situasi, terdapat satu idea dominan (paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea 
   ini dan mencari idea-idea baru.

Idea dominan bagi sesuatu kursus: amali

# Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai murni dan banyakkan dorongan serta cadangan untuk
   mencapai kejayaan dalam kursus tersebut.





Jian Hua dan Chuan Yee. (2016). Alat-alat Cort IV (Pemikiran Kreatif). Retrieved August 09, 2016, from


Friday, 7 October 2016

ALAT-ALAT CoRT I


Alat Berfikir : Cognitive Research Trust I ( CoRT I )

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT I ini terdapat 7 alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Alat-alat tersebut ialah:


1. Baik Buruk dan Menarik [Plus Minus Interesting (PMI)]

2. Ambil Kira dalam Semua Faktor [Consider All Factors (CAF)]

3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequences and Sequel (C&S)]

4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]

5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]

6. Alternatif,Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and Choices (APC)]

7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]







1. Baik Buruk dan Menarik [Plus Minus Interesting (PMI)]


 B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.

B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.

M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus                                                                    tetapi menarik tentang sesuatu idea.


Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.



2. Ambil Kira dalam Semua Faktor [Consider All Factors (CAF)]

Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.



3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequences and Sequel (C&S)]

Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.



4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]

Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya.



5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]

Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.



6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and Choices (APC)]

Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.



7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]

Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.







pengenalan alat-alat berfikir

#ALAT-ALAT BERFIKIR


1) ALAT BERFIKIR GO

  • Graphic Organizer (GO) @ Pengurusan Grafik (PG) adalah suatu bentuk ilustrasi/ lakaran.
  •  Digunakan untuk membantu dan menguruskan cara berfikir secara tersusun.
  • Dapat menyedarkan individu tentang proses pemikiran yang berlaku.
  • Menggambarkan dengan lebih mudah dan jelas tentang sesuatu idea dan perhubungan sesuatu aspek.


 JENIS-JENIS KERANGKA PEMIKIRAN :

-PG membanding & membeza
-PG membuat kategori
-PG meneliti bahagian & keseluruhan
-PG membuat sekuen
-PG menerangkan sebab
-PG membuat ramalan
-PG menyusul periksa andaian
-PG membuat inferen
-PG mengesahkan sumber maklumat
-PG menjana idea
-PG mencipta analogi
-PG mencipta metafora
-PG membuat keputusan
-PG menyelesaikan masalah



KOMPONEN PENGURUSAN GRAFIK :

- GARIS
- BULATAN
- GAMBAR
- PERKATAAN





 


CARA MENGGUNAKAN PENGURUSAN GRAFIK :

1- Merancang dan menyusun idea.
2- Memahami proses pemikiran kendiri.             
3- Menterjemah pemikiran tersirat kepada bentuk tersurat.
4- Menghubungkan semua maklumat dan memvariasikan cara penghubungan maklumat tersebut.




2) ALAT BERFIKIR CoRT

  • Singkatan bagi “Cognitive Research Trust ”.
  •  Dipelopori oleh Edward de Bono .
  •  Bertujuan menggalakkan individu berfikir secara meluas .


Alat Berfikir : Cognitive Research Trust ( CoRT )

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT ini terdapat 6 alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Alat-alat tersebut ialah:


CoRT I :Perluasan Persepsi [Breadth]

CoRT II :Organisasi Proses Berfikir [Organisation]

CoRT III :Interaksi, Argumen & Pemikiran Kritis [Interaction]

CoRT IV :Pemikiran Kreatif [Creativity]

CoRT V :Maklumat & Perasaan [Information]

CoRT VI :Tindakan [Action]







3) SOALAN & PENYOALAN

  • Soalan penyoalan membantu kita berfikir secara mendalam dan meluas.
  •  Sebagai guru, pengetahuan mengenai soalan dan penyoalan membolehkan kita membentuk soalan dan menggunakannya secara berkesan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
  • Soalan yang baik harus mengambil kira semua aspek iaitu aras, skop dan fokus.


SOALAN BERTUMPU & BERCAPAH :


Soalan Bertumpu
Soalan Bercapah

 Aras rendah
         Aras tinggi

           Jawapan atau respon terhad
         Jawapan atau respon luas

           Berbentuk tertutup
         Berbentuk terbuka

           Sesuai menguji daya ingatan
         Sesuai  menguji penaakulan
         dan penafsiran

           Lebih  bersifat objektif

         Lebih bersifat subjektif



















http://naadyaaa.blogspot.my/2013/10/alat-alat-berfikir.html