ALAT-ALAT CoRT I
Alat Berfikir : Cognitive Research
Trust I ( CoRT I )
Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT I ini terdapat
7 alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan
persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Alat-alat tersebut ialah:
1. Baik Buruk dan Menarik [Plus Minus Interesting (PMI)]
2. Ambil Kira dalam Semua Faktor [Consider All Factors
(CAF)]
3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequences and Sequel
(C&S)]
4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and
Objectives (AGO)]
5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important
Priority (FIP)]
6. Alternatif,Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives,
Possibilities and Choices (APC)]
7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]
1. Baik Buruk dan Menarik [Plus
Minus Interesting (PMI)]
B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.
B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.
M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi
menarik tentang sesuatu idea.
Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran,
perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu
keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan
keputusan yang terbaik.
2. Ambil Kira dalam Semua Faktor
[Consider All Factors (CAF)]
Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang
memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan
cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi
membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan
datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor yang
terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan
penting sahaja.
3. Kesan Mengikut Jangka Masa
[Consequences and Sequel (C&S)]
Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian
sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan
cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya
menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita
lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak
semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga
perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada
orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.
4. Tujuan, Matlamat dan Objektif
[Aims, Goals and Objectives (AGO)]
Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan
dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh
dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita
melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu
objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam
melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya.
5. Kepentingan Utama Didahulukan
[First Important Priority (FIP)]
Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF,
C&S, dan juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak
faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu
perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemilihan ini kita
terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana
tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.
6. Aternatif, Kemungkinan dan
Pilihan [ Alternatives, Possibilities and Choices (APC)]
Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap
sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak
pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari
pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara.
Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan
yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan dan
kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP
yang telah dibincangkan sebelum ini.
7. Pandangan Orang Lain [Other
People’s View (OPV)]
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah
kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara
yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini
perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada
Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang
dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita
putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua
pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh
orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.
No comments:
Post a Comment