ALAT-ALAT CoRT IV
Alat Berfikir : Cognitive Research
Trust IV ( CoRT IV)
- Membantu meningkatkan kreativiti, iaitu menghasilkan persepsi yang baru.
- Lebih dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral (dicipta oleh Edward de Bono).
- Pemikiran lateral merupakan proses mengubah persepsi iaitu mengubah cara kita melihat sesuatu perkara.
Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT IV ini terdapat
10 alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir. Alat-alat
tersebut ialah:
1. Ya, Tidak, Po [Yes, No & Po]
2. Input Rawak [Random Input]
3. Batu Loncatan [Stepping Stone]
4. Mencabar Konsep [Concept Challenge]
5. Mengasing Kelemahan [Remove Faults]
6. Keperluan [Requirements]
7. Mendefinisikan Masalah
[Define the Problem]
8. Penilaian [Evaluation]
9. Kombinasi [Combination]
10. Idea Dominan [Dominant Idea]
1. Ya,
Tidak, Po [Yes, No & Po]
# Sesuatu fakta hanya dapat dinyatakan secara YA / TIDAK
. Ia telah mantap dan kukuh. Tidak
dapat diubah dan dipindah.
# CoRT IV memperkenalkan satu konsep baru yang dipanggil
PO.
# PO merupakan satu perkataan rekaan yang digunakan
untuk menunjukkan bahawa kita beroperasi
di luar sistem penilaian. Iaitu kita
menilai sesuatu kemungkinan sama ada betul/ salah.
2. Input
Rawak [Random Input]
# “Buku
PO durian”. Buku dicipta supaya mempunyai pangsa seperti durian. Setiap
bab disimpan
dalam pangsa berasingan. Keluarkan pangsa buku untuk dibaca.
Simpan kembali bab dalam
Pangsa selepas membaca.
3. Batu
Loncatan [Stepping Stone]
# Idea yang berani dijadikan sebagai batu loncatan unutk
mendapat idea (kreatif) yang baru.
# PO : kedua-dua pelajar mesti memenangi acara baling
gasing.
# Idea ini mungkin kedengaran bodoh, tetapi boleh
menjadi batu loncatan untuk idea kreatif:
bahagikan acara kepada dua pusingan.
Maka kedua-dua pelajar boleh menang.
4. Mencabar
Konsep
[Concept Challenge]
# Memilih satu konsep, cabar konsep itu untuk memastikan
sama ada hanya satu cara untuk
membuat sesuatu. Apakah cara-cara alternatif?
# Konsep: “Teksi berjalan mengikut bilangan pemandu yang
ditetapkan”
# Alternatif: Teksi menunggu penumpang cukup dan
berjalan apabila penumpang cukup.
5. Mengasing
Kelemahan [Remove Faults]
# Kenal pasti semua kecacatan yang ada lalu singkirkan
kecacatan-kecatatan berkenaan.
# Kecacatan: Masalah guru yang lambat atau tidak masuk
mengajar di dalam kelas
# Penyelesaian: Guru besar membuat mesyuarat dan
menasihati guru supaya jangan ponteng waktu
mengajar.
6. Keperluan
[Requirements]
# Mengenal pasti semua keperluan situasi supaya idea
yang dibentuk menepati keperluan-keperluan
berkenaan.
# Keperluan
pelajar yang berpindah sekolah: bergaul dengan rakan-rakan baru, menyesuaikan
diri
dengan keadaan sekolah baru, bertanya guru tentang sukatan pembelajaran
yang sudah lepas.
7. Mendefinisikan Masalah [Define
the Problem]
# Takrifkan masalah dengan tepat
# Masalah ‘Hidup di asrama banyak gangguan emosi’
# Penyelesaian: sesi kaunseling dengan pelajar yang
mengalami masalah emosi
8. Penilaian
[Evaluation]
# Menilai sama ada idea tersebut boleh dilaksanakan atau
tidak, sama ada keperluan yang ada
dipenuhi dan apa kelemahannya.
# Untuk mengatasi buta IT, ‘KELAS KOMPUTER’ dijalankan
kerana menepati keperluan.
# Keperluan: zaman berteknologi tinggi, negara semakin
maju, melahirkan rakyat yang celik IT.
9. Kombinasi
[Combination]
# Gabungkan beberapa perkara menjadi sesuatu yang
bernilai tambah
# Gabungan idea kuih dan sambal daging : kuih cara
berlauk
10. Idea
Dominan [Dominant Idea]
# Dalam sesuatu situasi, terdapat satu idea dominan
(paling mustahak). Elakkan daripada idea-idea
ini dan mencari idea-idea baru.
# Idea dominan bagi sesuatu kursus: amali
# Hapuskan amali, terapkan nilai-nilai murni dan
banyakkan dorongan serta cadangan untuk
mencapai kejayaan dalam kursus
tersebut.
Jian Hua dan Chuan Yee. (2016). Alat-alat Cort IV
(Pemikiran Kreatif). Retrieved August 09, 2016, from
No comments:
Post a Comment